Sering menjadi pilihan destinasi percutai, pasti ramai yang sudah rindu untuk bercuti ke negara jiran iaitu Thailand. Bagaimanapun, anda mungkin berpeluang untuk ke negara tersebut pada tahun hadapan.
Memetik laporan portal The Thaiger, Thailand tidak akan membuka pintu sempadan antarabangsa sehingga tahun hadapan demi keselamatan negara tersebut.
Menurut Timbalan gabenor Tourism Authority of Thailand (TAT), Chattan Kunjara Na Ayudhya, tiada perbincangan atau garis sama bila sempadan negara akan dibuka bagi tujuan leisure travel ketika perbincangan peringkat kebangsaan berkaitan pandemik COVID-19.
Thailand won’t open its borders before 2021
https://t.co/0CuhmK0uZX pic.twitter.com/UFlaJ5AZ0U
— Layovers ✈︎ Air Travel podcast (@lay_overs) August 10, 2020
Ujarnya, kerajaan Thailand sangat berhati-hati dalam membuka isu semula sempadan negara supaya tiada peningkatan kes COVID-19 dan menjangkakan Thailand tidak akan menerima kemasukan pelancong sehingga awal 2021.
“Saya tidak lihat sebarang tanda bahawa sempadan negara akan dibuka tahun ini. Ia akan memberi tekanan yang hebat kepada industri pelancongan Thailand,” katanya.
Katanya lagi, sambutan Hari Krismas dan juga sambutan Tahun Baharu Cina tahun hadapan juga mungkin akan terjejas kerana tiada pelancong luar.
Difahamkan buat masa ini, kerajaan Thailand hanya membenarkan individu penting seperti diplomat, pegawai-pegawai Bangsa-Bangsa Bersatu, ahli perniagaan, pelabur, kru filem, pekerja asing, petugas pameran dan pemegang visa Thailand Elite.
Bagaimanapun, setiap individu dari luar negara yang memasuki Thailand perlu dikuarantin wajib selama 14 hari.