Tiada Bukti Petua Minum Air Suam Elak Covid-19 – Dr Amalina

Semalam hangat diperkatakan mengenai kenyataan daripada Menteri Kesihatan Dr Adham Baba bahawa meminum air suam dapat menghalang seseorang daripada dijangkiti Covid-19.

Bagaimanapun, kenyataan Dr Adham itu disangkal oleh Dr Nur Amalina Che Bakri menerusi Twitter yang mengatakan tiada bukti bahawa petua minuam air suam dapat mengelakkan jangkitan wabak tersebut.

“Ia bukan nasihat (doktor) dan tiada bukti di sebalik syor ini. Sila ikuti nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan WHO,” katanya.

Dalam satu perkongsian, Dr Amalina turut menjelaskan apa sahaja tips yang disebarkan adalah mitos. Ujarnya tips yang betul adalah sentiasa menjaga kebersihan, basuh tangan dan duduk di rumah.

Dalam pada itu, Dr Amalina menjelaskan lebih lanjut suhu panas 60 darjah Celcius memang boleh menyahaktifkan virus di luar badan.

“Tapi bila sudah di dalam badan kita, minum air panas tak akan lemahkan virus tu. Tiada bukti asid di dalam perut kamu boleh membunuh virus itu.

“Dengan demikian, minum air bagus mengekalkan kamu senantiasa hidrat, tetapi ia tidak akan menyebabkan virus itu tidak aktif dengan apa jua sekalipun,” katanya.

Leave a Reply