Tiada Caj RM1 Di Semua ATM MEPS Sepanjang Tempoh PKP

Boleh dikatakan pelbagai pihak turut terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan itu, kerajaan akan mengecualikan caj pengeluaran tunai sebanyak RM1 di semua mesin ATM bermula Isnin ini, 6 April 2020.

Pengecualian itu sekaligus dapat meringankan beban orang ramai kerana ramai yang masih menggunakan perkhidmatan juruwang apabila mengeluarkan wang bagi mengelak membayar RM1.

Dalam pada itu, pengecualian itu juga akan memudahkan pengguna untuk mengeluarkan duit di mana-mana ATM terdekat tanpa perlu risau tentang caj sebanyak RM1 itu.

Difahamkan, pengecualian caj RM1 akan dilaksanakan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir iaitu pada 14 April 2020.

Leave a Reply