Tiada Lagi Kompaun RM1,000, Ingkar PKP Akan Terus Ke Mahkamah

Sudah hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, namun masih ramai lagi yang ingkar dengan arahan kerajaan itu. Malah, ramai yang ambil sambil lewa usaha kerajaan untuk memutuskan rangkaian COVID-19 di Malaysia.

Susulan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sesiapa yang didapati ingkar PKP akan terus ditahan, direman seterusnya dikenakan tindakan mahkamah ketika penguatkuasaan perintah itu memasuki fasa ketiga esok.

Berikutan perintah baru itu, tiada lagi kompuan RM1,000 yang dikenakan sebelum ini. Menurut Ismail Sabri, mungkin jumlah kompaun yang dikenakan itu tidak begitu tinggi sehinggakan ramai yang tidak takut kepada arahan tersebut.

“Esok, PKP 3 akan dilaksanakan. Saya percaya, anggapan rakyat kepada tindakan polis adalah tindakan lebih keras dan tegas. Saya lihat, rakyat seolah-olah tidak peduli atau tidak takut kepada undang-undang yang kita ada hari ini.

“Mungkin, RM 1000 dianggap tidak begitu tinggi untuk menakutkan kepada mereka yang ingkar PKP ini. Oleh itu, kita bersetuju mulai esok, polis tidak lagi memberi tumpuan kepada kompaun,” katanya.

Menurutnya, mulai esok, sesiapa yang ditahan kerana ingkar PKP akan direman dan dihadapkan ke mahkamah.

Ujarnya, pihak mahkamah yang akan memutuskan kerana mengikut Seksyen 24 Akta 342 merek yang ingkar boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan seterusnya

Leave a Reply