Tindakan Ronaldo Rembat Pemain Liverpool Ini Undang Kecaman, Peminat MU Kini Terdiam?

Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial apabila Manchester United menjadi ‘lauk’ Liverpool selpeas dibelasah 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) lewat malam tadi.

Namun, lebih menjadi perhatian pada perlawanan tersebut, tindakan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo menyepak bola ketika pemain Liverpool Curtis Jones sudah terjatuh mengundang kecaman.

Tindakan Ronaldo itu jelas memaparkan kekecewaannya berikutan United ‘dipermainkan’ oleh Liverpool sehingga mudah melepaskan gol apatah lagi ketika itu United jauh ketinggalan 3-0.

https://twitter.com/bigpapisruji/status/1452322353359335425?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1452322353359335425%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.semuanyabola.com%2Fkoyak-tindakan-samseng-menyepak-curtis-jones-bukti-mental-ronaldo-rapuh%2F

Malah, susulan tindakannya itu keadaan di padang menjadi tegang apabila pemain Liverpool yang lain meluru ke arah Ronaldo kerana berang di atas apa terjadi pada Jones.

Jurgen Klopp yang meluahkan kekecewaannya kepada pegawai perlawanan keempat di tepi padang dan menganggap tindakan Ronaldo itu sebagai tidak profesional.

Bagaimanapun, Ronaldo bernasib baik kerana hanya diberikan kad kuning meskipun ada yang berpendapat beliau sepatutnya dilayangkan kad merah.

Difahamkan, pada perlawanan malam tadi ramai peminat United pulang awal dan rata-rata peminat hanya terdiam susulan kekalahan tersebut.

SUMBER: Semuanyabola