Tokoh Syiah India Ubah & Terbitkan Al-Quran Versi Sendiri

Merupakan seorang pemimpin Muslim India yang juga mantan ketua Lembaga Wakaf Syiah Uttar Pradesh negara itu, Waseem Rizvi antara ahli politik India yang sering mencetuskan kontroversi.

Terbaru, Rizv dikhabarkan mencetak Al-Quran versinya sendiri dengan menghapuskan 26 ayat Al-Quran. Tidak hanya setakat itu, dia turut meminta Perdana Menteri India, Narendra Modi menggunakan Al-Quran versinya untuk diajarkan di sekolah-sekolah Islam seluruh negara.

Rizvi berkata dia berbuat demikian mendakwa ayat-ayat itu mengajar dan mempromosikan keganasan.

Bukan sahaja menghapuskan 6 ayat Al-Quran, malah dia turut bertindak menyusun semula ayat-ayat Al-Quran mengikut urutan yang dikehendakinya.

“Saya meminta PM Modi untuk memasukkan Al-Quran [versi] baru ini ke dalam kurikulum pendidikan di pelbagai madrasah dan institusi pendidikan Muslim di seluruh negara.

“Versi Al-Quran yang diedit ini adalah Al-Quran yang betul dan akan segera tersedia di pasaran untuk dibeli oleh orang ramai,” katanya.

Terdahulu, Rizvi mencetuskan kemarahan umat Islam di negara itu apabila mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Agung India untuk menghapuskan 26 ayat dari Al-Quran.

Menurutnya, 26 ayat itu dimasukkan sendiri ke dalam Al-Quran oleh tiga tokoh khalifah Islam yang pertama.

“Ayat-ayat ini ditambahkan ke dalam Al-Quran, oleh tiga khalifah pertama, untuk membantu mengembangkan Islam melalui perang,” katanya.

Rizvi berkata lagi, “Selepas [Nabi] Muhammad, khalifah pertama Abu Bakar, khalifah kedua Umar dan yang ketiga, iaitu Usman, mengeluarkan Al-Quran sebagai sebuah buku,” katanya.

SUMBER: TimesNowNews