Tun Mahathir Dilantik Sebagai Perdana Menteri Interim

Seperti diketahui umum, tengah hari tadi Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah telah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimanapun, baginda telah berkenan untuk melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras dengan perlembagaan persekutuan.

Sebagai Perdana Menteri interim, Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan anggota Kabinet baharu dilantik.

Terdahulu, timbul spekulasi dan sumber melaporkan bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memangku jawatan Perdana Menteri. Bagaimanapun, segalanya terjawab sebentar tadi. Tahniah kami ucapkan kepada Tun Mahathir di atas jawatan yang diterima beliau.

Leave a Reply