Universiti Harvard Pelik Indonesia Tiada Langsung Kes Coronavirus

Wabak misteri coronavirus yang melanda di wilayah Wuhan, China bukan sahaja mencetuskan kebimbangan di negara itu sendiri malah di seluruh dunia. Lebih panik, apabila jumlah kematian meningkat kepada 1,369 orang dicatatkan hari ini.

Seperti kita tahu kes tersebut bukan saja dicatatkan di China malah di negara lain dan di Malaysia sebanyak 15 kes dicatatkan setakat ini. Malah, beberapa negara Asia lain turut mempunyai kes tersebut.

Bagaimanapun, Universiti Havard telah melakukan kajian dan mempersoalkan ketiadaan kes COVID-19 di negara paling ramai di Asia Tenggara iaitu Indonesia sedangkan negara itu mempunyai laluan penerbangan yang luas ke China, termasuk ke Wuhan.

Susulan itu, Indonesia mengkritik kajian oleh Universiti Harvard itu. Malah, Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto menyifatkan kajian itu satu penghinaan.

Malah, menteri itu juga mempertahankan negaranya mempunyai kelengkapan untuk mengesan COVID-19.

“Mereka boleh terus tertanya-tanya, tetapi inilah fakta. Kita berharap virus ini tidak sampai ke Indonesia dan kita akan terus berdoa, tetapi kita akan berwaspada ke tahap tertinggi,” katanya.

Kajian oleh Universiti Harvard itu juga mencadangkan agar pihak berkuasa Indonesia segera meningkatkan usaha pemantauan bagi mengesan virus berkenaan.

Untuk pengetahuan, Indonesia merupakan antara lokasi tumpuan pelancong China dengan sekurang-kurangnya dua juta pelancong direkodkan dari negara berkenaan saban tahun.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: Awani

Leave a Reply