Video Anak Kecil Palestin Trauma Selepas Diselamatkan Di Bawah Runtuhan Bangunan Buat Netizen Sebak

Sudah genap hari kelapan, serangan demi serangan yang dilakukan Rejim Zionis ke atas beberapa kawasan di Palestin sejak penghujung Ramadan lalu sememangnya memberi satu tamparan hebat buat seluruh umat Islam di dunia.

Setakat ini, dianggarkan, 212 penduduk Palestin di Gaza terkorban termasuk 61 kanak-kanak, 36 wanita dan lebih 1,500 cedera sejak lebih seminggu lalu.

Lebih sebak tular video di media sosial yang turut dikongsikan penyanyi Faizal Tahir keadaan seorang anak kecil yang trauma selepas diselamatkan dari bawah runtuhan bangunan yang di bom Israel.

Dapat dilihat raut wajah kanak-kanak itu berdepan situasi yang tidak dapat kita bayangkan sehingga mengalami trauma sedemikian.

Menerusi entri tersebut, Faizal turut mempersoalkan apa dosa kanak-kanak tersebut sehingga perlu berdepan perkara mengerikan itu.

Perkongsian Faizal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak serta mendoakan agar kanak-kanak berkenaan diberi kesembuhan dan dipuluhkan semangatnya untuk membesar serta mampu bangkit membela agama.