Viral Sebab Video Tunjuk Jari Tengah, Budak Ini Mohon Maaf

Pasti ramai tahu baru-baru ini tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menunjukkan jari tengah dengan ‘muka tiada perasaan’ di atas motosikal.

Malah, video itu juga turut di seluruh dunia sehingga mendapat perhatian personaliti media sosial antarabangsa Khaby Lame dan bintang K-pop, Siwon daripada kumpulan Super Junior.

Difahamkan, kanak-kanak dikenali sebagai Im Kamaludin itu berasal dari Thailand serta turut mempunyai akaun Facebook miliknya sendiri.

Menerusi satu entri, kanak-kanak itu memberitahu dia malu dengan video tersebut serta berharapp tiada lagi yang berkongsikan video berkenaan.

Katanya lagi, dia tidak tahu maksud isyarat jari tengah dan berharap perbuatannya itu tidak menjadi ikutan kanak-kanak lain.

”Mulanya saya tidak tahu apa maksud isyarat jari tengah dan selepas mengetahuinya, saya berasa malu. Saya mohon maaf dan berharap tiada sesiapa akan ikuti perbuatan saya,” katanya.

SUMBER: Utusan