Walaupun Sibuk, Dr Noor Hisham Luang Masa Balas Surat Peminat Cilik

Diiktiraf sebagai salah seorang doktor terbaik di dunia dalam menangani wabak Covid-19, Datuk Dr Noor Hisham tetap merendah diri dan menyifatkan pengiktirafan itu bukanlah untuk dirinya tetapi untuk negara.

Dalam kesibukan Dr Noor Hisham menguruskan kes penularan wabak COVID-19 ini, beliau sudi untuk meluangkan masa membalas surat peminat cilik.

Menerusi satu perkongsian di Facebook seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Lara Khadijah McAfee menghantar surat kepada Dr Noor Hisham sebagai sebagai tanda terima kasihnya atas segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan terhadap rakyat Malaysia.

Kanak-kanak berusia 9 tahun dari Terengganu itu menerusi suratnya turut menghadiahkan gelang ‘diy’ buat Dr Noor Hisham.

Tersentuh dengan keikhlasan Lara, Dr Noor Hisham membalas surat tersebut. Dr Noor Hisham turut berterima kasih atas kiriman bracelet yang dihantar kepadanya dan memberitahu cucunya sedang pakai bracelet biru itu dan sangat menyukainya.

Menerusi surat itu, Dr Noor Hisham mengatakan bahawa beliau tidak melakukan semua itu sendirian tetapi ada pasukan yang membantunya dan rakyat Malaysia juga turut membantu dengan hanya “stay at home”.

Dr Noor Hisham juga berpesan supaya anak kecil ini belajar bersungguh-sungguh supaya satu hari nanti Lara pula yang akan membantu Malaysia. Lebih menyentuh hati sebelum menandatangani surat itu, Dr Noor Hisham menggunakan ayat “from your new friend”.

Dr Noor Hisham telah membalas dengan memberi kata-kata semangat kepada kanak-kanak tersebut serta berharap Lara akan terus belajar bersungguh. Malah, beliau mengatakan gelang pemberian Lara telah dipakai oleh cucunya sebagai tanda terima kasih.

Leave a Reply