Wan Azizah Bakal Jadi Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia?

Susulan Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan akan memangku jawatan Perdana Menteri.

Wan Azizah yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri bakal menjadi perdana menteri wanita pertama Malaysia buat sementara waktu.

Memetik laporan Malay Mail, Tun Mahathir telah melantik Dr Wan Azizah sebagai perdana menteri sementara selepas partinya PPBM memilih untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

“Wan Azizah memangku jawatan perdana menteri,” kata sumber yang juga rapat dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Difahamkan, Wan Azizah bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Istana Negara kira-kira jam pada jam 2:30 petang bagi menghadap Yang di-pertuan Agong dan keluar pada jam 3:20 petang.

Seperti diketahui sejak semalam hangat diperkatakan apabila 5 parti iaitu Bersatu, UMNO, PAS, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengadakan satu pertamuan malam tadi.

Perbincangan diadakan secara tertutup itu tidak dikeketahui apa tujuannya. Namun, timbul spekulasi pertemuan yang dikatakan ‘sekadar makan malam’ itu seolah memberi bayangan tertubuhnya kerajaan baharu. Namun sehingga kini masih tiada berita mengesahkannya.

Leave a Reply