Wanita Buat Ugutan Mahu Bunuh PM Malaysia Ditahan Polis

Kemelut politik negara berakhir apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Bagaimanapun, perkara itu perlantikan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir netizen.

Malah, tanda pagar #NotMyPM trending di laman Twitter apabila ramai yang meluahkan perasan masing-masing.

Namun, ada yang tidak senang dengan perlantikan tersebut sehingga memuat naik komen berbaur ugutan mahu membunuh PM baru Malaysia itu.

Bagaimanapun, tindakan pengguna Facebook dikenali dengan nama Penny Tai itu membawa padah apabila ditahan oleh pihak polis semalam. Difahamkan, wanita berusia 28 tahun itu ditahan oleh pihak berkuasa Ampang Jaya.

Ketua Setiausaha Jabatan Jenayah (JSJ) Selangor, SAC Dato’ Fadzil Bin Ahmat berkata wanita berbangsa Cina itu telah ditahan dan telefon bimbitnya turut dirampas untuk siasatan.

Hasil siasatan mendapati suspek bekerja sebagai pembantu pengurus klinik di Singapura dan langsung tidak mempunyai latar belakang politik. Malah, wanita ini juga dikatakan tidak pernah mengundi.

Dalam pada itu, pihak polis menasihatkan kepada pengguna media sosial yang lain agar berhati-hati setiap kali meninggalkan komen.

da banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply