Wanita Ini Bongkar Cara Kereta Pameran Masuk Dalam Mall

Setiap kali terlihat pemeran kereta di dalam pusat beli-belah, pasti ramai di antara anda tertanya-tanya bagaimana agaknya kereta-kereta tersebut dimasukkan untuk pemeran tersebut.

Nampaknya segala persoalan itu terjawab apabila seorang pengguna Twitter yang merupakan seorang konsultan jualan Proton mendedahkannya kepada umum. Rupanya, cara untuk membawa masuk kereta pameran tidaklah sesukar seperti yang disangkakan.

https://twitter.com/lalaproton/status/1224151081791262720?

Menurutnya, kereta akan dibawa masuk pada jam 8.30 pagi sebelum pusat beli belah dibuka atau 10 malam selepas ianya ditutup kepada pengunjung.

Jangan terkejut, kereta pameran tersebut dimasukkan melalui pintu utama atau pintu belakang pusat beli-belah. Wanita itu turut berkongsikan video proses dia membawa masuk kereta yang sememangnya melalui kedai-kedai di dalam pusat beli belah.

https://twitter.com/lalaproton/status/1224277687100796928?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1224277687100796928&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fmisteri-bagaimana-kereta-pameran-dimasukkan-dalam-pusat-membeli-belah-kini-terbongkar%2F

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan persoalan mereka mengenai perkara itu akhirnya terjawab.

Apa yang melucukan, selama ini ada yang menyangkakan kereta tersebut dimasukkan daripada atap banggunan atau kereta dipasang di dalam pusat beli belah.

 

 

Leave a Reply