Kalau dah bercinta, pasangan pasti sanggup lakukan apa sahaja demi kekasih hati mereka. Kebanyakan perempuan pula pasti sangkakan kekasih mereka sanggup belikan apa sahaja kerana sayang.
Tapi apa yang akan terjadi jika teman lelaki tak mahu ikut kehendak teman wanitanya? Seperti yang terjadi di Shijiazhuang, China, wanita ini mengamuk selepas teman lelakinya enggan belikan pakaian untuknya.
Difahamkan, teman lelakinya tidak mahu membelikan baju dan kasut untuk kekasihnya berharga 1,800 yuan (RM1,156).
Memetik laporan Sohu, dalam kejadian berlaku di sebuah pusat beli belah Wanda Plaza, wanita itu meminta membelikan pakaian untuknya namun teman lelaki enggan berbuat demikian kerana harganya yang mahal.
Terasa seperti dimalukan, wanita itu kemudian memarahi teman lelakinya sehingga terjadi pergaduhan antara pasangan tersebut.
Menerusi video dirakam oleh orang yang berada di kawasan tersebut, dapat dilihat wanita berkenaan menarik teman lelakinya supaya tidak meninggalkannya sehingga lelaki berkenaan menanggalkan bajunya selepas ditarik tanpa henti.
Seperti sudah dijangka, pergaduhan pasangan itu menarik perhatian pengunjung lain yang mengambil video dan gambar serta memuat naik di media sosial.
Tiada masalah untuk minta kekasih belanja atau belikan sesuatu tetapi biarlah berpada-pada. Dah kahwin nanti mintaklah apa-apa pun.
SUMBER: World of Buzz