Wanita Nyaris Maut, Jiran Selamba Buang Sofa Dari Tingkap Rumah Flat

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila nyaris terbunuh apabika hampir terkena sofa yang dibuang dari tingkap oleh jiran tidak bertanggungjawab.

Menerusi video tular di media sosial, wanita yang sedang berjalan di bawah rumah berkenaan hampir terkena sofa yang dibuang itu dalam kejadian berlaku di Istanbul, Turki.

Memetik laporan Dailystar, jiran dikenali sebagai Mesur Duran itu berkata dia baru sahaja membeli sofa baru dan mahu membuang sofa lama.

Menurut laporan media, Mesut yang malas untuk membawa turun sofa lamanya melalui tangga bertindak mengambil cara mudah dengan membuang menerusi tingkap sahaja.

Insiden itu dirakam melalui kamera litar tertutup bangunan flat berkenaan dan dapat dilihat sofa tersebut begitu hampir dengan wanita yang melalui jalan berkenaan.

Wanita tersebut yang dilihat terkejut mengangkat tangannya yang dipercayai ditujukan kepada jirannya itu sebelum berlalu pergi.

Kata Mesut lagi, dia bertindak membuang sofa melalui tinkap selepas mendapati tiada orang dibawah flat berkenaan dan mengatakan jirannya secara tiba-tiba melalui jalan tersebut ketika dia membuang kerusi tersebut.

SUMBER: Daily Star