Xiaomi Malaysia Edar Powerbank Secara Percuma Buat Petugas Media 

Demi mendapatkan berita mutakhir dan terkini mengenai krisis politik yang sedang melanda negara kita, petugas media dan para wartawan terpaksa berpanas di hadapan Istana Negara memantikan perkembangan terbaru.

Jika pada Isnin dan Selasa, pihak Istana belanja KFC dan McD, hari ini Agong berkenan untuk belanja masak tempoyak ikan patin Pahang untuk petugas media.

Malah bukan itu sahaja, hari ini banyak pihak yang prihatin menghulurkan bantuan dalam pelbagai cara agar para petugas media dapat menjalan tugas dengan baik.

Tidak ketinggalan, pihak Xiaomi Malaysia juga turut turun padang dengan mengagihkan powerbank pada setiap petugas media yang terpaksa ‘berkampung’ di hadapan Istana Negara.

Boleh dikatakan powerbank antara alatan elektronik yang sangat penting lebih-lebih lagi, petugas media perlu bertugas di luar kawasan Istana yang sudah pasti tiada tempat untuk mengecas telefon pintar masing-masing.

Terima kasih diucapkan kepada pihak yang memberikan bantuan atau meringankan lagi beban para media dan wartawan yang sedang bertugas.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: Viral Media Johor

Leave a Reply