Yang di-Pertuan Agong Adakan ‘Interview’ Secara Peribadi Dengan Semua Ahli Perlimen

0
11920

Buat pertama kali dalam sejarah, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjemput kesemua ahli parlimen Malaysia untuk hadir ke Istana Negara bagi melalui proses temu bual secara persendirian bersama baginda.

Perkara tersebut diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Ahmad Fadil Hj. Shamsuddin dalam satu sidang media yang diadakan pada tengahari tadi.

Kesemua ahli parlimen dipanggil untuk bertemu baginda kecuali Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apa yang akan berlaku hari ini dan esok ialah semua ahpi Parlimen akan dijemput untuk temu bual peribadi dengan Yang Di-Pertuan Agong.

“Ia ringkas, dalam masa dua hingga tiga minit setiap seorang,” jelas Datuk Pengelola Bijaya Diraja.

Difahamkan, sesi itu dijangka bermula jam 2.30 petang tadi dan akan akan tamat jam 7 malam nanti melibatkan kumpulan pertama seramai 90 orang dan baki selebihnya akan disambung pada esok hari.

Ahli parlimen akan dipanggil secara rawak an tidak mengikut parti yang diwakili mereka.

Tambahnya lagi, apa yang dipraktikkan oleh Agong adalah selaras dengan perlembagaan persekutuan dimana Yang di-Pertuan Agong perlu mendapatkan kepercayaan dan keyakinan kepada seseorang yang telah dipilih.