YouTuber Agihkan RM10,000 Di Depan Istana Negara Dihalau Pihak Berkuasa

Seperti kita tahu sejak Isnin lalu pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan bebas petugas media yang terpaksa ‘berkampung’ di hadapan Istana Negara demi mendapatkan berita mutakhir dan terkini buat rakyat Malaysia.

Namun, ‘bantuan’ yang diberikan oleh seorang YouTuber Malaysia, Isa Isarb ini memang lain daripada yang lain apabila pemuda itu mengagihkan wang tunai berjumlah RM10,000 kepada petugas media.

Melihatkan video tersebut, ada yang menerimanya tanpa sebarang keraguan namun ada yang pelik dengan pemberian tersebut. Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila diberi amaran keras oleh pihak berkuasa yang bertugas di situ.

Hanya sempat mengagihkan kira-kira RM600 hingga RM700, YouTuber itu kemudian diarahkan beredar dari kawasan istana.

Dia yang beredar dari kawasan istana kemudiannya diekori oleh sebuah kereta sebelum dilihat berhenti di tepi jalan dan mengadakan perbincangan. Mereka dimaklumkan tidak mengapa jika mahu mengagihkan makanan tetapi bukannya wang ringgit.

Kemudian, Isa dan krunya dilihat bersalaman dan sambil meminta maaf diatas tindakan mereka itu.

https://youtu.be/clkQRc9Zv-c

Leave a Reply