“Orang Bodoh Je Yang Sanggup Beli iPhone 12?”

Betul ke kenyataan sebegini? Nampak macam marah sangat,kan? Tidak dinafikan, setiap kali produk keluaran Apple muncul di pasaran, ia pastinya akan mengundang pelbagai kontroversi. Baru-baru ini, pelancaran iPhone 12 ternyata membuatkan ramai yang marah – walaupun orang yang marah ini tidak memakai iPhone pun.

BACA: Selepas Apple, Dengar Cerita Samsung Pun Tak Bagi Pengecas Untuk Telefon Baru?

Seperti yang kita sedia maklum, iPhone 12 kali ini datang dengan 4 variasi berbeza. Edisi iPhone 12 ini juga dilihat menjadi satu penanda aras terbaru untuk telefon pintar mereka di masa hadapan.

Namun pembaharuan yang mereka bawakan kali ini boleh dikatakan ‘melawan arus’ dan berani mati. Untuk rekod anda, iPhone sebelum ini pernah juga membuat keputusan yang orang lain tak berani buat – iaitu membuang port audio earphone 3.5mm. Mengamuk orang.

Ada juga kami jumpa komen yang menyifatkan tindakan Apple ini keterlaluan dan bodoh di laman sosial, ini perkara biasa. Sebelum kami buat rumusan, mari kami senaraikan beberapa perkara yang membuatkan netizen marah sangat dengan pembaharuan yang dibawakan oleh iPhone 12.

1. Tiada Kepala Pengecas & Earphone

Gila, siapa tak marah kalau beli telefon dapat wayar untuk caj sahaja. Nak menangis ada, nak ketawa pun ada. Rasa macam kena scam,kan? Tapi inilah antara punca utama yang buat orang bengang sangat. Kepala charger pun tak dapat tahu?

Bagi Apple, pengurangan aksesori yang dibekalkan oleh mereka ini mampu menyelamatkan alam sekitar atau kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi tentang alasan Apple ini, boleh rujuk sini.

Ini juga pembaharuan dalam industri pengeluaran telefon pintar. Agak pahit dan sukar untuk ditelan tapi percayalah, bila Apple sudah mulakan – sudah pasti perkara ini akan diikuti oleh pengeluar telefon pintar yang lain.

Bila aksesori sudah berkurang, mestilah harga pun kurang,kan?

2. Kena Keluar Duit Beli Kepala Charger & Earphone

Betulkah harga pun kurang? Jika dilihat dari strategi Apple, aksesori dah berkurang tapi mereka hadir pula dengan kepala charger 20W – sesuai dengan keperluan pengecasan pantas barisan iPhone terbaru mereka.

Lebih menarik lagi, harga kepala charger itu pula didatangkan dengan harga yang sedikit murah berbanding generasi terdahulu. Murah pun, makan RM99 jugaklah.

Melalui rekaan pin boleh lipat masuk itu, sudah pastinya kepala charger ini akan menjadi salah satu keperluan bagi pengguna Apple. Mengaku sajalah, pengguna Apple memang mudah kena racun dengan produk keluaran terbaru jenama ini.

Kami jamin, penjualan kepala charger ini akan membawakan keuntungan kepada Apple. Bab earphone pula, kami perasan ramai juga yang lebih sukakan earphone sendiri berbanding dengan apa yang telah Apple berikan. Betul,kan?

3. Refresh Rate Masih 60Hz?

Bab refresh rate ini kami tak mampu nak ulas panjang sebab rata-rata pengguna tidak perasan sangat pun jika dihidangkan dua paparan skrin dengan refresh rate berbeza di mata mereka namun jika sudah terbiasa dengan refresh rate tinggi, kita akan memandang skrin di iPhone ini macam sedikit perlahan pula.

Melalui harga premium namun screen rate masih rendah, ini sedikit sebanyak membawa kehampaan kepada pengguna yang kisahkan perkara ini. Tapi nanti beli juga, nak buat macam mana,kan?

Kemungkinan Apple tidak datangkan screen rate yang lebih tinggi dari 60Hz adalah kerana kapasiti bateri yang lebih kecil berbanding iPhone 11 (menurut phonearena.com ini). Kemudian ditambah pula dengan sokongan 5G yang pastinya akan ‘makan’ bateri, keperluan untuk fungsi ini nampaknya mungkin terpaksa ditangguhkan dahulu buat masa sekarang.

Kesimpulan

Kesimpulannya, percayalah – tidak lama lagi gergasi besar pengeluar telefon pintar yang lain pasti akan mengikut langkah ini. Ambil contoh port earphone 3.5mm itu pun sudah cukup. Pada mulanya memang menjadi bahan sindiran namun kemudian jadi ikutan pula.

Malah keputusan Apple untuk mengurangkan aksesori dalam kotak telefon mereka itu pun adalah berdasarkan survey dan anda percaya tak, kebanyakan pengguna Apple sebelum ini ada yang tak guna pun aksesori yang diberikan. Paling-paling pun kabel sajalah yang akan diambil pun.

Secara jujurnya, inilah pengasingan jenama Apple itu sendiri yang menjarakkan diri mereka daripada yang lain sebagai jenama mewah (luxury). Benda-benda mewah lain lagilah, memang tak logik aras harga mereka kalau mahu dibandingkan dengan Apple.

Bagi yang mampu, berbelanjalah dan bagi yang teringin sangat tapi belum mampu, berimpian dan berusahalah. Benda bab harga ini kena tepuk dada, tanya poket – jangan sebab ikut nafsu sanggup berhutang, nanti diri sendiri yang sakit.