Selepas Apple, Dengar Cerita Samsung Pun Tak Bagi Pengecas Untuk Telefon Baru?

Jika sebelum ini Apple dikhabarkan tidak akan menyediakan pengecas untuk telefon keluaran terbaru mereka, nampaknya langkah tersebut turut akan diikuti oleh pesaing rapat mereka iaitu Samsung.

BACA: Tiada Pengecas Dan Earpod Jika Beli iPhone 12 Nanti?

Menurut laporan portal berita Korea, ETNews, keputusan itu dikatakan mampu mengurangkan kos selain kebanyakan pengguna sudah memiliki pengecas yang sama.

Mungkin buat masa sekarang, idea untuk pengecas tidak disediakan sekali ini nampak seperti sesuatu yang melawan arus namun dari segi kesihatan alam sekitar, ia mampu mengurangkan pembaziran barangan elektronik, selain dapat memberi peluang kepada pembeli mendapatkan telefon dengan harga yang lebih rendah. Tapi rasanya tidak akan rendah sangatlah’kan?

Jadi, apa pendapat anda berkaitan langkah drastik dua gergasi besar telefon pintar ini dalam membuat pembaharuan?

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Bagi anda yang berminat untuk menambah pendapatan hanya dengan jualan barangan yang anda boleh dapatkan di kedai runcit berhampiran tapi hasilnya dalam USD, boleh klik sini.