Tidak tahu macam mana nak dibayangkan lagi perasaan ibu bapa yang menantikan kelahiran anak tercinta yang dikandung berbulan-bulan lamanya. Gembira dan pastinya tidak sabar untuk memberikan ciuman pertama buat anak tersayang.
BACA: Ini Punca Video Pendek Kakak Tiup Lilin Adik Undang Kemarahan Ibu Bapa
Kejadian sedih dan memilukan itu berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia, terletak di utara Brazil, baru-baru ini. Lebih menyayat hati adalah keadaan bayi yang baru dilahirkan juga berpunca dari kesilapan doktor.
Menurut laporan The Sun, insiden menyedihkan itu berlaku apabila beberapa doktor memaksa ibu muda berusia 26 tahun meneran keluar bayi dalam kandungan.
Tetapi dia dia sebenarnya dijadualkan bersalin secara pembedahan. Suami mangsa menjelaskan bahawa mereka sudah sampai pukul 6 pagi (waktu tempatan) namun terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum dibawa ke dewan bersalin untuk melahirkan bayinya secara semula jadi.
“Pihak hospital Ourem memberi kami surat yang menyatakan anak kami hanya boleh dilahirkan secara pembedahan kerana masalah kesihatan bayi dalam kandungan”
“Apabila kami tiba di hospital ini, mereka menyuruh isteri saya bersalin secara normal. Mereka menarik kepala anak saya terlalu kuat sehingga kepalanya terputus dari badan,” kata lelaki itu kepada media.
Mangsa kemudiannya dibius bagi menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sisa badan anaknya yang tertinggal dalam rahim. Walaupun si ibu sudah dimaklumkan tentang kematian anaknya namun pihak hospital tidak memberitahu bagaimanakah bayi itu meninggal dunia.
Berikutan insiden tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan. Semoga keadilan sebenar dapat ditegakkan. Kehilangan nyawa bukanlah sesuatu perkara yang kecil lebih-lebih lagi apabila wujud kesilapan dari pihak yang bertanggungjawab.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.