Hampir 11 tahun menjayakan rancangan Running Man, Lee Kwang Soo mengumumkan pengunduran dirinya sejak program itu disiarkan pada tahun 2010.
Semalam merupakan episod terakhirnya bersama Running Man. Apa yang pasti ramai peminat turut menangis apabila menonton babak dimana Kwang Soo membaca surat daripada semua ahli Running Man.
Kwang Soo juga dilihat turut mengalirkan air mata membaca surat daripada ahli Running Man yang sudah dianggap sebagai satu keluarga.
Lebih sebak apabila dimainkan semula video kenangan Kwang Soo bersama ahli yang lain di awal rancangan itu disiarkan.
Sejak semalam video terakhirnya bersama ahli Running Man menjadi bualan ramai di media sosial yang turut bersedih dengan keputusan Kwang Soo untuk meninggalkan Running Man.
Malah, ada yang berharap Kwang Soo akan kembali suatu hari nanti kerana Running Man tidak lagi sama dengan ketiadaannya.
Lee Kwang Soo membuat keputusan untuk keluar dari Running Man susulan dia masih lagi menjalani rawatan berkala selepas terlibat dalam kemalangan kereta tahun lalu. Katanya lagi, sukar untuk mengekalkan keadaan fizikal terbaik ketika rakaman Running Man.