Adakah Ini ‘Bentuk’ Sebenar COVID-19 Setelah Dibesarkan 2,600 Kali?

Penularan wabak COVID-19 di Malaysia sekaligus menimbulkan kebimbangan dikalangan rakyat. Malah, lebih membimbangkan apabila kes mendadak naik dan dua kes kematian dicatatkan semalam.

Sehingga kini masih tiada penawar untuk merawat virus tersebut. Baru-baru ini tular di media sosial foto dan juga video YouTube dipercayai memaparkan bentuk dan wajah sebenar wabak membawa maut itu yang telah dibesarkan sebanyak 2,600 kali.

Malah, foto tersebut turut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Ashari Helmy yang mengatakan itu adalah imej coronavirus dan menerusi kapsyen tersebut turut menyebut. ‘Tuhan tahu yang terbaik’.

Tajuk pada pautan video Youtube yang menggunakan bahasa Arab itu turut mempunyai maksud yang sama seperti ditulis oleh Ashari.

Bagaimanapun, perkara itu telah disangkal dan dilaporkan PALSU kerana imej tersebut sebenarnya seekor KUMBANG yang dibesarkan. Difahamkan, video yang dimuat naik itu telah mendapat sebanyak 5,000 jumlah tontonan sebelum ia diturunkan.

Menerusi satu laman sesawang bahasa Arab, eheliosworld.com turut menyebut bahawa imej berkenaan adalah Weevils, seekor kumbang yang berasal dari keturunan Curamionoidea. Ia adalah kumbang yang kecil dan saiznya tidak kurang dari 6 milimeter.

https://twitter.com/helios_en/status/1232370288995766273?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1232370288995766273&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fadakah-ini-wajah-sebenar-wabak-covid-19-yang-dibesarkan-sebanyak-2600-kali%2F

Untuk pengetahuan anda, Weevil bukan virus. Ia adalah jenis serangga dari keluarga Curculionidae.

Apa yang pasti maklumat yang disebarkan itu adalah palsu dan diharap rakyat semua lebih berjaga-jaga setiap kali berkongsikan sesuatu kepada umum bimbang boleh mencetuskan panik.

SUMBER: The Vocket

Leave a Reply