A&W Tawar Promosi Minuman Root Beer Float Hanya RM1 Esok

Sebut sahaja restoran makanan segera A&W sememangnya ia menggamit memori. Meskipun sudah banyak jenama restoran makanan segera lain dibuka di Malaysia, namun A&W masih lagi bertahan sehingga ke hari ini.

Sudah tentu ramai yang gemarkan minuman Root Beer Float yang lain dari yang lain dan tak boleh dapat di tempat lain.

Ini semestinya berita gembira buat peminat A&W, bersempena dengan ‘National RB Float Day’, A&W menawarkan promosi minuman Root Beer Float dengan harga RM1 sahaja!

Promosi itu hanya berlangsung selama satu hari sahaja pada 6 Ogos 2020 iaitu esok di semua cawangan restoran A&W. Anda boleh tebus untuk makan di restoran atau bawa pulang.