Badan Penyelidik Dunia Iktiraf Dr Noor Hisham & Saintis Malaysia

Selepas media China mengiktiraf Datuk Dr Noor Hisham antara 3 doktor terbaik dunia mengangani COVID-19, nampaknya kehebatan Ketua Pengarah Kesihatan itu sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Kali ini, giliran badan penyelidik dunia iaitu Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) menzahirkan penghargaan kepada beliau atas sumbangannya dalam kajian mengenai COVID-19 serta mengucapkan terima kasih.

“Terima kasih tak terhingga kepada Noor Hisham Abdullah atas sokongan dan kepakaran terhadap Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19. Data penyelidikan dan pengalaman para saintis di Malaysia akan memberi manfaat kepada semua.

Dalam pada itu, badan penyelidik dunia itu juga turut berharap agar kajian dan pengalaman menangani Covid-19 di Malaysia dapat membantu dunia mengalahkan pendemik membawa maut itu.

Untuk pengetahuan anda, DNDi merupakan satu organisasi bukan keuntungan yang menjalankan kajian untuk membangunkan rawatan baru bagi penyakit terabai.

Pengiktirafan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia kerana mempunyai seorang ketua pengarah kesihatan yang serta barisan petugas kesihatan yang cekap menangani COVID-19.

Leave a Reply