Bahaya Letak Botol Air Dalam Kereta, Boleh Mengundang Maut!

Pasti ramai di antara anda suka membawa botol air ke dalam kereta untuk diminum ketika dalam perjalanan. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa botol air tersebut boleh menyebabkan kemalangan dan mengundang maut.

Seperti kita tahu setiap kereta sudah tentu mempunyai tempat letak bekas minuman (cup holder), namun adakah anda menggunakannya dengan bijak kerana ada yang digunakan dengan meletakkan duit syiling dan benda-benda lain yang tidak sepatutnya.

Bagaimana ‘botol air’ boleh mengundang maut? Ramai yang sangkakan botol air akan meletop tetapi sebenarnya ia boleh mengganggu pemandu yang sedang memandu jika meletakkan botol air ‘ikut suka’ dan akhirnya mengundang kemalangan.

Menerusi satu perkongsian di Facebook ini, perlu diakui ramai yang meletakkan botol air di bawah kerusi sama ada di bawah kerusi pemandu atau pun bawah kerusi penumpang dan itu adalah tindakan yang paling bahaya.

“Jika kenderaan mula hilang kawalan, botol tersebut, sama ada yang bersaiz 250 ml atau 1.5 liter, atau pun lain-lain bekas minuman boleh tersangkut di bawah pedal brek.

“Tak kira bagaimana kuat sekalipun anda pijak pedal brek tersebut, ianya tidak membantu kerana tekanan yang amat tinggi diperlukan untuk membuatkan botol tersebut pecah.

Jika pemandu kereta berjaya menekan pedal brek sehingga menyebabkan botol tersebut pecah sekalipun, ianya akan melewatkan waktu yang sepatutnya untuk kesan menekan brek itu memperlahankan atau menghentikan kereta.

Nampak macam remeh tetapi ada betulnya bahawa ‘tabiat’ biasa anda itu sebenarnya boleh mengundang maut.

Jadi, jika kereta anda tidak mempunyai cup holder, mungkin anda patut membeli cup holder atau meletakkan botol air pada tempat dimana ianya tidak akan bergolek ke sana-sini ketika kereta bergerak.

Leave a Reply