Sebut sahaja Subway, memang tak dapat menolak keenakan sandwichnya yang memang cukup lazat sehinggakan tak cukup kalau beli satu sahaja. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsikan tips untuk jadikan sandich anda lebih sedap.
Dikongsikan oleh @hajaarudin yang juga merupakan bekas pekerja Subway turut berkongsikan pilihan roti manakah yang paling sedap jika bercampur dengan pelbagai sos.
1. Pilihan roti
Kalau nk pilih roti yg sedap, pilih hearty italian and request triple toast. sumpah sedap and crunchy! dia takkan soggy walaupun dh sejuk & bercampur dgn sos.
2. Kombinasi sos
Combination sos yg paling sedap adalah ranch (minta extra), thousand (minta extra), sweet onion, mayonnaise, olive oil, chili & BBQ. combination sos2 ni sesuai untuk semua jenis menu including salad & wrap.
3. Sayur & sos tiada caj tambahan
Kalau korang penggemar sayur, mintak je extra. tak ada additional charge. sos pun tak ada additional charge. yang ada additional charge daging je. Nanti aku share cheat code nak dpt lagi jimat hehe
4. Sup cendawan
Tak semua orang tahu yang Subway sebenarnya ada mushroom soup. Kalau korang order wrap, boleh try makan dengan mushroom soup. Sedap!!
5. Jangan letak sos ketchup
Sos ketchup adalah sos yg paling tak sedap. So jangan sesekali korang letak sos ketchup dekat sandwich/wrap or salad korang.
Dia akan potong stim kesedapan sandwich korang sebab dia rasa masam-masam sikit, lagi-lagi kalau makan dengan meatball marinara memang spoil habis!
SUMBER: Twitter Hajaarudin