Belum Pasti PKP Tamat Atau Dilanjutkan – KKM

Umum mengetahui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga bakal tamat pada 28 April ini. Bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak dapat memberi jaminan sama ada PKP bakal ditamatkan atau dilanjutkan.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata langkah pencegahan seperti penjarakan sosial masih perlu dilaksanakan sekiranya PKP ditamatkan.

“Belum pasti PKP tamat atau dilanjutkan. Yang pasti kita perlu elakkan perhimpunan. Juga, kita pastikan amalkan penjarakan sosial antara satu individu dengan individu lain. Kerap mencuci tangan dan sebagainya,” katanya.

Katanya lagi, ketika ini pihaknya masih memantau data harian dan belum membuat keputusan sama ada PKP akan disambung atau tidak.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan enam langkah atau strategi keluar PKP seperti yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini.

1. Penularan COVID-19 adalah pada tahap rendah atau tanpa transmisi.
2. Keupayaan sistem kesihatan dan kesihatan awam untuk kesan, uji mengasingkan/kuarantin setiap kes dan mengesan setiap kontak.
3. Zon merah atau kawasan panas risiko jangkitan dikurangkan sama sekali atau dihapuskan.
4. Langkah-langkah pencegahan seperti amalan penjarakan sosial dan mencuci tangan diteruskan dan dijadikan norma baru.
5. Mengurangkan risiko kes jangkitan yang diimport dari luar negara, kawalan sempadan.
6. Seluruh masyarakat terlibat sepenuhnya memahami dan memperkasa kehidupan seharian di bawah keadaan normal baharu.

SUMBER: Awani 

Leave a Reply