“Berkat Bacaan Doa Qunut, Indonesia Bebas Coronavirus” – Wakil Presiden

0
5313

Wabak misteri coronavirus semakin mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia dan kini menjadi ancaman dunia. Namun, di saat hampir seluruh dunia mempunyai kes wabak corona, namun sehingga hari ini Indonesia masih bebas dari kes tersebut.

Seperti kita tahu kes tersebut bukan saja dicatatkan di China malah di negara lain termasuk beberapa negara Asia lain turut mempunyai kes tersebut.

Bagaimanapun, Universiti Havard meluahkan rasa pelik apabila negara paling ramai di Asia Tenggara iaitu Indonesia tiada langsung kes Coronavirus.

Namun, baru-baru ini Wakil Presiden Indonesia, Ma’aruf Amin telah pun memberi pujian kepada semua pihak berikutan Indonesia masih lagi terhindar dari wabak yang boleh membawa maut itu.

Beliau turut memberi pujian kepada golongan ulama yang kerap membaca doa Qunut. Menurutnya, Indonesia bebas dari wabak tersebutu berkat bacaan doa Qunut.

“Doa qunut dibaca untuk menjauhkan bala, bahaya, wabak-wabak dan penyakit.

“Banyak ulama yang selalu membaca doa qunut ini, makanya COVID-19 mampu terhindar dari Indonesia,” katanya.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: Astro Gempak