‘Bos Besar’ LTdL Curi Tumpuan, Ingatkan Kita Pada ‘Abang Maznah’

Sedang hangat diperkatakan mengenai perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL) 2020, namun ada satu lagi perkara yang menjadi tumpuan apabila tular gambar lelaki yang dikatakan mirip dengan seorang pelakon filem P Ramlee.

Jika anda peminat filem klasik P Ramlee, pasti anda tahu watak lelaki yang bermain trompet sambil bertanya ‘Maznah ye?’ di dalam filem Seniman Bujang Lapok.

Dialog itu disebutkan oleh seniman HM Busra dalam satu babak, ketika sedang bermain trompet sebelum didatangi tiga bujang lapuk, Ramli, Ajis, dan Sudin kerana membuat bising.

Nampaknya dialog itu kembali disebut-sebut, gara-gara seorang lelaki mempunyai wajah seiras dengan pelakon lagenda itu.

Untuk pengetahuan anda, lelaki tersebut adalah ‘bos besar’ dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL) yang merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL iaitu Shahaizereen A Hamid.

Bagaimanapun, Shahizereen menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kaitan dengan pelakon berkenaan. Malah, terkejut tidak pernah terlintas perkara sebegitu timbul dan tular di laman sosial.

Dalam pada itu, Shahizereen yang ditemubual turut tidak melepaskan peluang untuk mengajak orang ramai datang bertemu dengannya sepanjang acara tersebut berlangsung.

“Kalau betul anda semua nak saksikan sendiri ‘Maznah’ datanglah beramai-ramai saksikan perlumbaan LTdL (Le Tour de Langkawi) kali ini.

“Boleh tengok depan-depan, betul ke tak betul Maznah. Saya pun tak sangka. Tapi mungkin wajah kami ada sedikit persamaan.,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Shahizereen berkata dia tidak terasa hati mahupun marah marah apabila wajahnya disamakan dengan pelakon lagenda itu kerana dia tahu netizen sememangnya suka bergurau.

Leave a Reply