China Tuduh Tentera Amerika Syarikat Punca COVID-19 Tersebar Di Wuhan

Umum mengetahui wabak COVID-19 dikatakan mula tersebar dari Wuhan, China. Malah timbul dakwaan wabak misteri itu dikatakan berpunca daripada pasar basah Wuhan yang menjual haiwan eksotik seperti ular tedung, tikus, serigala hidup dan koala untuk dijadikan makanan.

Bagaimanapun, jurucakap kepada Kementerian Luar China semalam menuduh tentera Amerika Syarikat yang mungkin bertanggungjawab membawa wabak berkenaan ke bandar Wuhan.

Malah, dalam kenyataan itu Zhao Lijian lantang mengatakan bahawa Amerika Syarikat sebenarnya yang tidak bersikap terbuka. Terdahulu, China menerima kritikan hebat daripada Amerika Syarikat kerana lambat bertindak ketika wabak itu mula dikesan.

“Berapakah bilangan orang yang dijangkiti? Apakah nama-nama hospitalnya? Mungkin tentera AS yang membawa wabak itu ke Wuhan. Bersikap jujurlah. Dedahkan data anda kepada umum,” tulisnya.

Zhao yang merupakan pengguna tegar Twitter itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti penglibatan Amerika Syarikat dalam hal berkenaan.

Ujarnya lagi, kenyataan Amerika Syarikat itu tidak langsung membantu Beijing bagi menangani wabak yang kini telah membunuh lebih 4,000 orang di seluruh dunia.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: The Hill

Leave a Reply