COVID-19 Belum Lagi Reda, Lelaki Maut Akibat Hantavirus Di China

Umum sedia maklum penularan wabak COVID-19 di China sudah berjaya dikawal dan kes dicatatkan semakin menurun. Bagaimanapun, negara itu sekali lagi mencetuskan panik apabila seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat hantavirus.

Difahamkan, hantavirus juga jenis penyakit berjangkit dan simptom virus tersebut mengakibatkan kelesuan, sakit otot dan sakit kepala.

Mangsa adalah lelaki berasal dari wilayah barat daya Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja di dalam sebuah bas disewa pada Isnin lalu.

Susulan insiden itu, 32 lagi penumpang bas itu kemudian menjalani saringan kesihatan, namun maklumat mengenai keputusan ujian terbabit tidak dinyatakan.

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit yang berpangkalan di Amerika Syarika, pemindahan virus itu daripada manusia kepada manusia tidak pernah ditemui kecuali di Argentina pada 1996. Virus tersebut dijangkiti manusia kerana tikus.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, hantavirus adalah daripada keluarga virus yang merebak melalui tikus dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit ke atas manusia.

Untuk pengetahuan anda, hantavirus boleh dijangkiti melalui partikel virus daripada air kencing, tahi atau air liur tikus. Gigitan tikus juga turut didakwa boleh menyebabkan jangkitan walaupun jarang berlaku.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: BH Online

Leave a Reply