COVID-19: Rakyat China Sanggup Beratur Jarak 1.5 Meter Untuk Dapatkan Bubble Tea

0
9991

Demi mendapatkan minuman bubble tea, ramai yang sanggup beratur sepajang 100 meter apabila sebuah kedai popular di Bandar Changsha, Hunan beroperasi semula pada 23 Februari lalu setelah ditutup susulan ancaman wabak misteri Coronavirus.

Premis minuman yang tidak didedahkan namanya itu bagaimanapun telah menetapkan syarat di mana para pelanggan harus berdiri pada jarak 1.5 meter antara satu sama lain untuk mengelakkan wabak membawa maut itu tersebar.

 

Laporan media tempatan juga memberitahu masa menunggu juga dilaporkan meningkat selama satu sehingga dua jam. Namun, para pelanggan dilihat sanggup menunggu lama untuk mendapatkan minuman sensasi itu.

Malah, kedai minuman bubble tea itu juga turut menampal garisan pada jalan tertera arahan meminta pelanggan memakai penutup mulut dan hidung serta beratur di belakang garisan kuning.

Turut dilaporkan, pekerja premis berkenaan akan melakukan pemeriksaan suhu tubuh pelanggan yang tiba di barisan paling hadapan dan memberikan pensanitasi tangan sebelum membenarkan mereka membuat pesanan.

Dasyat betul penangan bubble tea sampai sanggup beratur panjang walaupun negara mereka sedang berperang dengan wabak yang kini sudah mencatatkan 3,120 kematian.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂