Dari 90 Kg Turun 69 Kg, Gadis Ini Amalkan Diet Suku-Suku Separuh

Tidak dinafikan untuk kuruskan badan bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus untuk jalan pintas tanpa tahu bahaya akan menimpa.

Di zaman teknologi serba canggih dan dihujung jari, ramai yang tidak lokek berkongsikan tips kuruskan badan di media sosial. Seperti gadis ini yang berjaya mengurangkan 20kg dalam masa tiga bulan.

Dengan hanya mengamalkan makanan suku-suku separuh, gadis ini berjaya menurunkan berat badan dari 90kg ke 69kg. Menerusi Facebook, gadis tersebut Syabella Huda berkongsikan menu makanan yang diamalkannya.

Dalam pada itu, Syabella berkata dia sedang berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal sekitar 65kg hingga 63kg.

Senarai menu dari saya selama saya makan

Senarai menu dari saya selama saya makan. ‘Meal’ ni kebanyakan saya tak makan nasi! Boleh jadi sebagai idea korang yang nak cepat kenyang. Kadang saya makan pagi dan tengah hari, petang dah tak makan. Saya makan 2 kali sehari.

Syabella berkata dia melakukan pelbagai jenis diet supaya tidak berasa jemu. Tambahnya lagi, pada pukul 6 hingga 7 petang merupakan waktu untuk makan malam, lebih dari waktu itu dia tidak lagi mengambil makanan hanya minum air sahaja.

Dalam pada itu, gadis itu berkata dia turut mengamalkan senama yang boleh dilakukan di rumah sahaja. Antara senaman yang dilakukannya adalah Skipping dan akan melakukannya sebanyak 100 ketika pagi dan sebelum senja.

Senaman saya hanya exercise ikut rentak lagu dalam bilik untuk tak nak saya stress fikir nak ‘gym’ bagai. ‘Gym’ saya pergi 3 bulan 2 kali je sebab student. Takde masa. Diet saya macam 95% pada food. Exercise hanya sampingan, now berat latest 69.

Diharap apa yang dikongsikan oleh gadis ini boleh membantu anda semua. Kalau dah berjaya kurus, bolehlah kongsikan tips kepada mereka yang lain pula.

SUMBER: Syabella Huda