Kisah Pegawai Sukan Mahu Rasuah Indonesia Supaya Kalah Lawan Chong Wei

Pernahkah anda terfikir semua di dalam dunia ini boleh dibeli dan percayakah anda bahawa dalam dunia ini sentiasa ada manusia yang merasakan semua benda boleh dibeli dengan wang ringgit?

BACA: Tak Tahu Dah Puasa, Anak Lee Chong Wei Sedih Kawan Muslim Tak Makan Bersama

Percaya atau tidak, apa yang pasti perbuatan yang lebih senang digelar sebagai rasuah ini merebak sampai ke peringkat antarabangsa. Begitulah jijiknya perangai manusia yang terlalu mengejar gelaran dunia.

Inilah yang terjadi kepada Taufiq Hidayat dalam satu pendedahan yang dikongsikan TV TRANS di laman Youtube mereka.

Menurut Taufiq, dia pernah ditawarkan 400 juta rupiah (sekitar RM117,000) oleh seorang pegawai pasukan Malaysia.

Sebagai balasan, jaguh badmintaon Indonesia ini perlu kalah kepada Lee Chong Wei dalam saingan separuh akhir Sukan Asia Doha 2006.

“Seorang pengurus datang dan meminta nombor telefon, kami akhirnya bertemu. Ketika ditanya mengapa, dia berkata ‘bisakah kamu kalah dengan Lee Chong Wei?’ Itu sahaja”

“Dia bertanya berapa banyak bonus untuk Indonesia jika dia menang, dia bilang dia mahu menggandakannya, akhirnya aku mulai beremosi. Lalu aku berkata ‘bagaimana jika dia kalah, aku bayar?”

“Saya begitu emosional sehingga saya berkata ‘jika anda berada di Indonesia, anda tidak dapat pulang’, dia berani meminta saya menjual nama Indonesia, sama seperti menjual negara itu,” jelasnya dalam video tersebut.

Chong Wei Terkejut Namun Turut Dedah Sesuatu

Setelah kisah Taufiq ini mendapat perhatian media, Chong Wei pantas menghubungi Taufiq dan melalui Astro Arena, ternyata apa yang dihadapi Taufiq turut pernah dilaluinya.

“Taufik adalah kawan baik saya, jadi saya segera menghubungi dia. Dia memberitahu saya apa yang telah berlaku”

“Mujur bagi orang seperti Taufik dan saya, kebanggaan negara selalu diutamakan. Saya tahu siapa orang itu tetapi ini sudah lama berlaku. Saya percaya kami semua harus terus maju”

“Saya tidak mahu menamakan atau memalukan siapa pun,” kata bekas pemain nombor satu dunia itu.

Dalam pada itu, Chong Wei turut menyatakan bahawa dia turut menerima pelawaan sogokan bagi mengatur perlawanan sepanjang dia berada dalam bidang sukan badminton ini namun tidak pernah diendahkan.

Sekali dengar macam dalam filem bukan? Cuba bayangkan jika atlet setuju menerima sogokan, pastinya selamanya individu tersebut akan dicop sebagai seseorang yang boleh dan mudah dibeli.

Semoga kehidupan kita bebas daripada perkara sebegini dan dilimpahkan dengan rezeki yang halal.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

Sumber: Astro Arena