Elak Sebar Coronavirus, Penduduk Wuhan ‘Salam’ Guna Kaki?

Penularan wabak misteri Covid-19 hampir ke seluruh pelusuk dunia semakin kini berada di tahap yang membimbangkan. Bimbang wabak tersebut terbesar, penduduk di Wuhan mengambil pendekatan berbeza ketika bersalam.

Daripada bersalaman menggunakan tangan seperti kebiasaannya, kini mereka memilih untuk menyentuh kaki yang dipanggil ‘Wuhan shake’.

Malah, video yang tular di laman sosial menunjukkan orang ramai hanya menyentuh kasut masing-masing yang kini dilihat semakin diterima umum.

Menerusi laman sosial terkenal negara itu iaitu Weibo, banyak video dikongsi menunjukkan orang ramai menyapa antara satu sama lain dengan hanya menyentuh kasut.

Kebiasaannya, masyarakat dunia akan bersalaman sesama mereka ketika bertemu, namun ia kini mungkin tidak diteruskan ketika tempoh penularan wabak Covid-19 yang sudah merebak lebih 25 negara.

Wuhan di wilayah Hubei menjadi pusat penularan wabak Covid-19 yang kini mengorbankan ribuan nyawa selain menyebabkan jangkitan puluhan ribu yang lain. Setakat ini sebanyak 3,389 kematian dicatatkan akibat wabak yang membawa maut itu.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply