Gaji Tukang Cuci Di Hospital Wuhan Cecah RM21,000 Sebulan

Susulan wabak Coronavirus yang mencetuskan kebimbangan dunia, ramai sudah mula mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada dijangkiti wabak misteri itu. Mana tidaknya, setakat ini wabak tersebut telah meragut 1,369 nyawa.

Ekoran daripada penularan wabak ini, barisan hadapan seperti doktor dan pengamal perubatan di China bekerja keras bagi menyelamatkan ribuan nyawa yang disahkan positif virus tersebut.

Selain itu, antara individu penting sudah pasti mereka yang bertungkus-lumus memastikan kebersihan kawasan seperti hospital dan tempat awam seperti tukang cuci.

Tetapi jangan terkejut gaji tukang cuci di hospital Wuhan, China, kini mencecah RMB35,000 atau bersamaan RM21,000 sebulan.

Gaji yang ditawarkan memang sangat lumayan, tapi kerjanya sebagai tukang cuci di hospital Wuhan yang kini menempatkan ribuan pesakit koronavirus.

Ini bukan cakap kosong tetapi itulah iklan jawatan kosong yang disiarkan dalam sebuah portal di China baru-baru ini. Kalau siapa yang berani mati bolehlah mohon.

SUMBER: Sinar

Leave a Reply