Penjualan tisu tandas dan barangan pembasmi kuman meningkat sekali lagi di Jerman, lapor pejabat statistik negara itu. Ketika ini, kebanyakan negara Eropah masih lagi bergelut dengan kesan Covid-19 dari segi pertumbuhan ekonomi.
BACA: Suami Isteri 4 Bulan Tinggal Dalam Kereta, Hilang Kerja Sebab COVID-19
Menerusi kenyataan tersebut, penjualan kertas tandas melonjak 89.9% minggu lalu jika dibandingkan dengan jumlah sebelum krisis, sementara barangan anti bakteria (meningkat 72.5%) dan sabun (naik 62.3%) turut mendapat permintaan tinggi.
Untuk pengetahuan anda, Jerman merupakan salah satu negara dalam gugusan Eropah yang berjaya mengawal Covid-19 dari terus merebak berbanding Britain dan Perancis, namun jumlah kes di negara berkenaan meingkat dengan konsisten selama beberapa minggu ini.
Pada hari Khamis Jerman untuk pertama kalinya melaporkan lebih daripada 10,000 jangkitan Covid-19 setiap hari.
Stok barang keperluan harian juga meningkat (akibat panic buying) menjelang hari pelaksanaan lockdown dan kuarantin menyebabkan penjualan runcit di Jerman melonjak jauh melebihi jangkaan pada bulan Februari.
Semoga Covid-19 pantas berlalu meninggalkan kita.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.