Harga RON95 Mungkin Turun Hingga RM1.32 Seliter

Susulan kejatuhan mendadak harga minyak dunia berikutan perang harga di antara pengeluar utama minyak dunia iaitu Arab Saudi dan Russia, RON95 dijangka turun sehingga RM1.32 seliter, lapor MIDF Research.

Meskipun penurunan harga minyak itu sekaligus merupakan berita baik buat pengguna, bagaimanapun, kejatuhan harga komoditi itu akan memberi kesan negatif kepada Malaysia memandangkan negara adalah pengeksport minyak.

MIDF Research berkata, harga runcit minyak RON95 mungkin akan menurun sehingga RM1.32 seliter jika purata harga penanda aras minyak mentah Brent berada pada AS$35 setong.

Situasi itu akan akan menyebabkan kadar inflasi kekal rendah dan menyokong penggunaan domestik. Penurunan harga tersebut sekaligus bakal menjadi sejarah harga minyak terendah sepanjang beberapa dekad.

“Dari sudut negatif pula, penyusutan harga minyak dunia ini akan memberi tekanan kepada kapasiti fiskal Malaysia memandangkan Belanjawan 2020 sebelum ini dirangka berdasarkan andaian harga minyak ialah AS$62 setong.

Dalam pada itu, Kerajaan yang baru terbentuk kali ini dijangkan akan menyemak semula Belanjawan 2020 dan kemungkinan akan akan berlaku pengurangan dalam perbelanjaan dan pelaburan kerajaan.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply