Hasil Tak Tepat, Sepanyol Pulangkan Semula Kit Ujian COVID-19 Dari China

Umum mengetahui jumlah kes jangkitan COVID-19 di Sepanyol kini amat membimbangkan apabila lebih 56,000 kes dicatatkan dan 4,000 jumlah kematian.

Disaat-saat genting itu juga, ada pihak dari China mengambil kesempatan dengan mengedarkan test kit COVID-19 yang bermasalah kepada negara itu. Difahamkan, kit ijian tersebut tidak dapat digunakan dengan baik untuk mengesan wabak COVID-19 pada pesakit.

Bagaimanapun, syarikat yang mengedarkan kit ujian tersebut iaitu Shenzhen Bioeasy Technology dari China itu memberitahu keputusan ujian yang tidak tepat diterima mungkin kerana kegagalan mengambil sample atau menggunakan kit dengan cara salah.

Bagaimapaun, pihak perubatan Sepanyol berkata mereka sudah memeriksa sebanyak 9,000 kit ujian yang tiba minggu lalau dan hanya mempunyai 30 peratus sahaja kemungkinan untuk mengesan virus tersebut.

Untuk memastikan ujian pengesahan berkesan, kit tersebut sepatutnya mempunyai 70 ke 80 peratus kemungkinan untuk mengesan virus itu.

Difahamkan, sebanyak 600,000 kit ujian dibeli daripada China dan Menteri Kesihatan Sepanyol mengumumkan sebanyak 58,000 kit ujian telah dipulangkan semula ke China.

Bagaimanapun, Shenzhen Bioeasy Technology dilaporkan bersetuju untuk menggantikan kit yang rosak kepada yang baru. Malah, beberapa negara juga turut melaporkan perkara yang sama.

SUMBER: VOA News

Leave a Reply