Ini Punca Ulama Di Acheh Mahu Pemain PUBG Dihukum Sebat

0
7941

Permainan dalam talian Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) sememangnya sangat popular di seluruh dunia. Bukan sahaja menjadi video permainan kegemaran anak muda, malah orang dewasa juga turut terjebak dalam permaianan tembak-menempak itu.

Jika dulu ramai yang beranggapan bermain permainan video hanya membuang masa, namun kini ianya boleh mendatangkan hasil lumayan kerana banyak pertandingan yang melibat aktiviti-aktiviti permainan tersebut.

Bagaimanapun, lain pula berlaku di negara jiran kita iaitu Acheh, Indonesia yang dimana majlis ulama Daerah Acheh Barat mahu pemain PUBG dihukum sebat di hadapan khalayak.

Menurut Ketua Majlis Ulama Daerah Aceh Barat, Teungku Abdurrani Adian, golongan yang aktif dengan permainan dalam talian Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) dianggap telah melanggar syariat Islam.

Ujarnya lagi, setiap pemain PUBG, serta yang berkaitan, mengandungi unsur-unsur kekerasan atau peperangan dan harus dihukum sebat.

“Jadi sangat layak di Acheh sebagai negeri yang berpegang pada syariat, pelaku yang melakukan tindakan haram yang dilarang di dalam agama Islam, sangat layak diseret, dikenakan hukuman sebatan bersesuaian dengan aturan di Acheh,” kata.

Untuk pengetahuan anda, pada Jun 2019, Majlis Ulama Aceh mengeluarkan fatwa bahawa permainan PUBG adalah haram. Fatwa tersebut dikeluarkan kerana permainan itu didakwa banyak memberikan kesan negatif kepada masyarakat, khususnya generasi muda.

PUBG juga dikategori sebagai permainan yang sarat dengan unsur kekerasan dan peperangan sehingga dikhuatiri menjejaskan akhlak dan psikologi pemain.

Meskipun PUBG sudah diharamkan dan sehingga kini belum ada sebarang pelaksanaan undang-undang termasuk hukuman sebat, namun Teungku Abdurrani menegaskan, pemerintah Acheh sudah boleh melaksanakan hukuman berkenaan.

SUMBER: Awani