Ini Punca Will Smith Lempang Chris Rock Ketika Siaran Langsung Oscars

Sejak pagi tadi hangat diperkatakan mengenai Oscars 2022 apabila pelakon Hollywood Will Smith menampar muka pelawak Chris Rock ketika seiaran langsung anugerah itu.

Rupanya situasi mengejutkan ramai itu berlaku apabila Smith kurang senang senang dengan tindakan Rock mempersendakan imej isteri Smith, Jada Pinkett yang kini tampil botak.

“Jada saya sayangkan kamu. Tak sabar tunggu G.I. Jane 2,” kata Rock.

Sejurus selepas menampar Rock di khalayak penonton, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya serta menjerit mengeluarkan kata-kata kurang sopan agar nama isterinya tidak disebut lagi.

“Jangan nak sebut-sebut nama isteri aku,” kata Smith lagi.

Difahamkan, dalam siaran ulangan acara tersebut kata-kata Smith ‘dipadamkan’. Namun perkongsian daripada Jepun, penonton di negara itu masih boleh mendengar lagi kata-kata yang dilaungkan oleh Smith.

Sebelum ini, ada laporan mengatakan Pinkett terpaksa mencukur rambut dan tampil botak berikutan mengalami masalah keguguran rambut.