Ini Rahsia Adele Berjaya Turunkan Berat Badan 45 Kg

Melihatkan penampilan terbaru penyanyi Adele, ramai yang terkejut dengan perubahan mendadak selepas penyanyi itu mendedahkan berat badannya turut sebanyak 45kg. Malah, ramai yang hampir tidak mengenalinya.

Adele mula menunjukkan badannya kepada umum pada Oktober tahun lalu ketika menghadiri majlis ulang tahun Drake. Adele turut berkongsi kemeriahan suasana parti itu dengan berkongsi gambarnya di laman Instagram dengan menulis, “Saya pernah menangis tapi sekarang saya mula berpeluh”.

Majalah People melaporkan, Adele ada memberitahu bahawa dia sudah turun 45kg dan ia adalah pengalaman yang gila tetapi positif. Namun apa yang menjadi persoalan, bagaimana Adele boleh melakukannya.

Beberapa laporan media sebelum ini menyatakan Adele bukanlah orang yang suka bersenam. Bagaimanapun, penceraian beliau dengan bekas suami 7 tahun lalu telah mengubah segalanya.

Sumber memberitahu majalah PEOPLE, Adele mengamalkan diet yang ketat dan menjalani rutin latihan kecergasan serta Pilates untuk menjadi sihat demi dirinya sendiri dan anaknya, Angelo yang berusia 7 tahun.

US Weekly melaporkan, Adele telah mengupah seorang jurulatih peribadi, AS Dalton Wong yang juga jurulatih kecergasan untuk Jennifer Lawrence untuk melatih beliau 3 kali seminggu, lapor US Weekly.

“Dia benar-benar mahu menjadi sihat dan memberi teladan yang baik untuk anaknya,” kata sumber kepada majalah itu.

Terdapat sumber mengatakan, Adele mengamalkan Sirtfood Diet. Diet ini termasuk dengan makanan berkhasiat yang rendah kalori, banyak protein, buah-buahan dan juga jus.

Apa yang pasti, pengamal rutin ini masih boleh mengambil makanan-makanan yang mereka sering ambil seperti coklat, kopi atau wine.

Meskipun ramai yang kurang senang dengan perubahan Adele namun ianya boleh menjadi pembakar semangat mereka yang mahu menurunkan berat badan seperti penyanyi itu. Kalau Adele boleh, takkan anda tak boleh lakukannya?

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply