Jangan Mengeluh Malaysia Panas, COVID-19 Tak Mampu Tahan Suhu Tinggi

Melihatkan cuaca panas di Malaysia, pasti ramai yang mengeluh kerana tidak tahan dengan bahang cahaya matahari yang terik. Tetapi tahukah anada bahawa suhu panas mampu mengawal virus COVID-19.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, kajian daripada saintis kesihatan Kementerian Kesihatan Singapura, menunjukkan Covid-19 tidak dapat bertahan lama dalam cuaca yang panas.

Ujarnya, suhu musim panas dijangka dapat mengawal penularan wabak membawa maut itu kerana berdasarkan pengalaman berdepan dengan wabak influenza dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) mendapati ia semakin serius pada musim sejuk.

“Kita tahu virus boleh dibunuh pada suhu tinggi. Influenza, Covid-19 dan epidemik sebelum ini teruk semasa musim sejuk. Apabila suhu naik, penularan (wabak) itu kurang.

“Kalau lihat di Malaysia di bawah cahaya matahari di kawasan lapang, suhu memang lebih 30 darjah celcius jadi ini peluang untuk kita kurangkan penularan virus sekiranya wabak itu berlaku,” katanya.

Dalam pada itu Boon Chye berkata, Malaysia masih belum sampai ke tahap langkah menutup pendingin hawa bagi mengurangkan risiko jangkitan, tetapi cadangan tersebut boleh dipertimbangkan.

“Andai kata wabak ini tidak dapat dikawal dan ada penularan dalam kalangan komuniti, ini mungkin satu langkah yang boleh kita pertimbangkan. Bagaimanapun, negara kita belum sampai tahap itu lagi,” katanya.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: Sinar Harian

Leave a Reply