Kanak-Kanak Ini Menangis Teresak-Esak Dapat Tahu Abam Bocey Meninggal Dunia

Hari ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita menyedihkan tentang pemergian seorang pelawak terkenal, Abam Bocey yang telah pergi menghadap Ilahi.

Arwah Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, disahkan telah meninggalkan dunia kira-kira jam 7 pagi tadi dipercayai akibat demam panas. Arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak di Gombak.

Bukan sahaja rakan-rakan artis yang turut bersedih di atas kehilangan insan berbakat besar itu, malah peminat cilik ini juga turut terkesan dengan pemergian Abam sehingga menangis teresak-esak sebaik sahaja mendapat tahu tentang berita tersebut.

https://twitter.com/zrfhmz/status/1226756602180431874?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1226756602180431874&ref_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2Fvideo-kanak-kanak-ini-nangis-teresak-esak-dengar-berita-pemergian-abam-bocey-sedihnya

Video memaparkan kanak-kanak itu menangis sambil menekup mukanya mendapat perhatian ramai netizen yang turut sebak melihatnya menangis. Malah, mereka juga mengatakan turut bersedih di atas pemergian arwah.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Abam dan mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply