Kedutaan China Beri Amaran Virus Baru, Lebih Bahaya Daripada COVID-19

0
62776

Jika di saat kita merasakan sedikit lega dengan situasi pandemik COVID-19 yang beransur pulih ketika ini, kedutaan besar China di Kazakhstan baru-baru ini mengeluarkan amaran tentang virus baru.

BACA: Tolak Sampai Wanita & Kanak-Kanak Jatuh, Sikap Lelaki Ini Mengundang Marah Netizen

Virus yang belum dikenal pasti itu dalam masa yang sama turut menyumbang kepada angka kematian yang lebih tinggi daripada COVID-19.

Berdasarkan laporan scmp.com, seramai 1,772 pesakit telah meninggal dunia kerana radang paru-paru di mana 628 kematian adalah berlaku pada bulan Jun baru-baru ini.

Kazakhstan sebelum ini telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan pada bulan Mac. Walaupun perintah tersebut telah berakhir pada May lalu, kawalan ketat dan perintah kuarantin telah dilakukan di beberapa kawasan yang mencatat jumlah radang baru-baru yang tinggi.

Sehubungan dengan perkara tersebut, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev menasihatkan agar rakyat lebih berhati-hati demi mengelakkan virus tersebut terus merebak dengan tidak terkawal.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Bagi anda yang berminat untuk menambah pendapatan hanya dengan jualan barangan yang anda boleh dapatkan di kedai runcit berhampiran tapi hasilnya dalam USD, boleh klik sini.

Gambar Ihsan: Global Times / Xinhua