Kilang Di Thailand Kantoi Seterika Topeng Muka Terpakai Supaya Nampak Baru

Demi mengejar keuntungan, sebuah kilang kitar semula di Saraburi, Thailand tergamak menjual semula topeng muka yang sudah dipakai dan dijual seperti baru.

Memetik laporan Nation Thailand, pihak polis berkata ketika serbuan dilakukan beberapa pekerja dilihat sedang seterika topeng muka yang sudah dipakai sebelum melipatnya ke dalam kotak untuk nampak seperti baru dan tak pernah digunakan.

Pihak polis turut menahan enam orang pekerja yang ketika itu sedang mengasingkan topeng muka yang mereka dapat daripada pemborong yang tidak dikenali.

Menurut pekerja yang terlibat, mereka dibayar sebanyak 1 bath (10 sen) untuk satu topeng dan setiap seorang kitar semula lebih kurang 300-400 topeng setiap hari.

Dalam pada itu, pihak polis turut menghubungi Pejabat Kesihatan Awan Wihandaeng mengarahkan mereka untuk membuat dakwaan ke atas kilang tersebut.

Difahamkan kejadian itu berlaku susulan negara tersebut mengalami kekurangan topeng muka ekoran penularan Covid-19. Setakat ini, Thailand mempunyai 43 kes positif penyakit ini dan kebanyakan daripada mereka pelancong dari China.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply