Kisah Cinta Ashraf Sinclair & BCL Bermula Dengan Salah Panggil Nama

Hari ini industri hiburan Malaysia dan Indonesia dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia kira-kira jam 4.15 pagi tadi selepas mengalami serangan sakit jantung.

Hampir 12 tahun berumah tangga, siapa sangka pertemuan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari bermula dengan salah panggil nama dan membawa mereka ke jinjang pelamin.

Pasangan ini bertemu kali pertama di sebuah acara di Malaysia pada tahun 2007 dimana ketika itu BCL sedang mempromosikan album barunya.

Ashraf ketikaitu menjadi hos pangganti untuk menemubual BCL dan tersilap menyebut nama penyanyi itu dengan nama ‘Bunga Cinta Lestari’. Dari situlah hubungan mereka berlanjuta ke fasa lebih serius.

Menjalin hubungan cinta jarak jauh di mana Ashraf berada di Malaysia dan BCL di Indonesia, akhirnya keduanya diijabkabulkan pada 8 November 2008.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak bernama Noah Sinclair kini berusia 9 tahun. Ashraf yang menetap di Indonesia turut membintangi beberapa drama sinetron di sana.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: Pengantin

Leave a Reply