Lagenda Bola Sepak Diego Maradona Meninggal Dunia Kerana Sakit Jantung

Ini berita mengejutkan dan juga satu kedukaan besar bagi dunia bola sepak antarabangsa – lagenda bola sepak Argentina Diego Maradona telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usianya 60 tahun. Kehilangan besar arena bola sepak ini disahkan ejennya, Matias Morla kepada ESPN Argentina.

BACA: Kerana Gaji RM2.9 Juta Seminggu, Juventus Mahu Jual Christiano Ronaldo

Maradona telah meninggal dunia di rumahnya yang terletak di Argentina. Perkara itu ternyata mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini dia baru saja menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di otaknya.

Baru-baru ini, Maradona telah menjalani pembedahan otak dan dibenarkan keluar pada 11 November lalu.

Memetik laporan Daily Mail, Maradona yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan juga alkohol turut menjadi punca kepada masalah turun naik tahap kesihatan beliau.

Pada tahun 1999 dan 2000, dia telah dibawa ke hospital kerana masalah jantung dan serangan jantung kali kedua membuatkan dia perlu memakai alat bantuan pernafasan.

Sementara itu pada tahun 2004, dia sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung dan pernafasan, puncanya – penyalahgunaan dadah.

Sepanjang hayatnya juga dia telah menjalani 2 kali pembedahan gastrik bagi mengawal berat badannya selain turut menjalani rawatan ketagihan alkohol.

Bagi peminat tegar bola sepak, mana mungkin lagenda yang terkenal dengan gelaran Hand Of God ini dapat dilupakan.

Apa yang pasti, kisah lagenda ini pasti akan diperdengar dan didendangkan di setiap generasi peminat bola sepak dunia. Hilangmu tiada pengganti, aksimu sentiasa diingati.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.